Dalam kehidupan kita agak normal lah kalau kita buat silap kan. well, nobody perfect right? banya sebenarnya kesilapan yang kita buat. Tapi, kadang-kadang, kesilapan itulah yang mengajar kita erti kehidupan dan menjadikan diri kita lebih matang. Kenapa kita sering kata bahawa kesilapan itu mematangkan? adakah kita mempunyai bukti yang kukuh untuk berkata sedemikin? walaupun kita tida mempunyai bukti yang kukuh, tetapi kita tahu bahawa kesilapan itulah yang mematangkan kita. Contohnya, saya ambil berdasarkan pengalaman saya. pada sem lepas, saya silap pilih citra mungkin sebab belum ada pendedahan yang cukup ke atas citra, so saya dapat gred yang hampir gagal untuk citra tersebut. so, sem ni saya lebih berhati-hati memilih citra. haaa. nampak tak mcm mana kesilapan tu mematangkan dan menjadikan kita agar lebih berhati-hati.
Ada juga sejanis kesilapan yang kita akan buat dan akan menyesal kemudian. Contohnya, kalau kita sedang marah atau dalam keadaan mood yang tidak baik. Waktu tu fikiran kita bukan dalam keadaan yang betul. Maksud saya, korang macam nak merah je orang sekeliling kamu. Andai kata ada seorang kawan kamu bertanya dengan kamu tentang sesuatu dengan menggunakan nada yang sopan. Korang mesti rasa menyampah dengan soalan tu. Dan sudah semsetinya korang akan jawab dengan tidak ikhlasnya. Sbb korang nak bagitau yang diri kamu tu sedang marah. Sudah semestinya orang yang mendengar jawapan kamu tu akan terguris. Mungkin masa tu kita akan rasa kita menang sebab kita dapat curahkan kemarahan kita sama orang yang tidak buat salah dan tiada kaitan langsung dengan kemarahan kita. Lepas tu, bad mood kita tu akan sejuk balik. haa. masa tu la kita akan menyesal. tapi benda ni dah tak dapt undur balik. kata-kata mana dapat tarik balik kan. mungkin bole kalau kita minta maaf. tapi, korang rasa keadaan akan balik kepada yang asal? confirm akan awkward.
Banyak sebenarnya kesilapan yang kita telah lakukan. Setiap orang berbeza silap dia. Tapi kita tak boleh lah asyik menyesal denga kesilapan yang kita lakukan tu. we must moving forward. sebab life is too short to regret about every wrong that we've done. So, teruskan kehidupan dan jangan ulang kesilapan yang kita lakukan. fightinggg!!!!!
No comments:
Post a Comment